Pertandingan Fotografi

Bersempena dengan minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan UniMAP 2011, UKKP akan menganjurkan pertandingan fotografi yang terbuka kepada seluruh warga UniMAP. Pertandingan ini akan bermula pada 14-31 Mac 2011. Borang penyertaan boleh di muat turun di sini . Butiran mengenai pertandingan adalah seperti berikut : 

Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori


a.       Hazard Identification / Pengenalpastian Hazad
b.      Best Safety Practices / Perlakuan kerja selamat yang baik

Syarat-syarat dan Peraturan
  • Pertandingan terbuka kepada semua warga UniMAP staf & pelajar.
  • 1 gambar bersamaan dengan 1 penyertaan. Tiada had penyertaan.
  • Peserta boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 4.3 megapixel) atau kamera analog (negative filem). Untuk penggunaan kamera analog, negative scan boleh digunakan (sekurang-kurang resolusi 300 dpi). Saiz minimum 2MB.
  • Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” x 10” in (8R) tanpa bingkai.
  • Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.
  • Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
  • Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaja dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
  • Lokasi gambar yang diambil hendaklah berada disekitar kampus UniMAP sahaja. Gambar yang diambil selain daripada lokasi kampus UniMAP dikira tidak layak.
  • Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan penerangan mengenai gambar (mengikut format di dalam boring penyertaan). Penyertaan tanpa penerangan mengenai gambar tidak akan diterima.
  • Penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 31hb Mac 2011.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan, sila hubungi:
    • §  En. Norazam (8411)
    • §  Pn. Syahira (8354)
    • §  Pn. Faridah (8347)

0 comments:

Post a Comment